Hari terbuka pusat internet Kampung Serasot
22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini21 Julai 2018, hari terbuka pusat internet Kampung Serasot ini mendapat sambutan seramai 103 orang komuniti. Hari terbuka pusat internet Kampung Serasot ini diadakan bertujuan untuk mensasarkan penglibatan 100 orang peserta dan pengunjung yang terdiri daripada komuniti setempat. Selain itu untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang peranan Pusat Internet sebagai pusat sehenti yang bermatlamat untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat dan memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk mengaplikasikan kemahiran ICT melalui pendedahan penggunaan teknologi secara inovasi dan kreatif dalam pertandingan yang dijalankan.
Mempromosi dan menggalakkan program, kelas dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet. Seterusnya, memupuk minat dan kreativiti di kalangan usahawan tempatan mempromosi produk/keluaran semasa Hari Bersama Komuniti. Dan akhir sekali memberikan kesedaran digital dan advokasi MCMC kepada warga setempat. Menambah ahli PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: